Malaysia

Pelancong China ke Pulau Pinang meningkat kepada 120,245 orang

Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang mencatat lonjakan 218.86 peratus pada tahun 2024, meningkat daripada 37,711 orang pada 2023 kepada 120,245 orang.

Peningkatan ini menjadikan China antara pasaran pelancongan antarabangsa terbesar di negeri itu.

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, lonjakan ini hasil pelbagai inisiatif kerajaan negeri seperti promosi digital yang agresif dan penambahan tujuh penerbangan terus dari bandar utama China ke Pulau Pinang sejak Ogos 2023.

Selain itu, penerbangan sewaan turut diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pelancong, selain penyertaan dalam pameran pelancongan di China dan kerjasama dengan agensi pelancongan dalam talian serta syarikat penerbangan.

Kerajaan negeri turut menganjurkan lawatan pengenalan untuk ejen pelancongan, media dan pempengaruh dari China serta memanfaatkan platform media sosial seperti Xiaohongshu untuk mempromosikan tarikan popular di Pulau Pinang, termasuk Georgetown, Bukit Bendera dan Balik Pulau.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker