Dunia

Penduduk di sekitar Gunung Fuji serabut kehadiran pelancong sibuk bergambar

Sebuah lokasi tular dikenali sebagai “Jambatan Impian Gunung Fuji” di Shizuoka, Jepun, yang dipromosikan sebagai tempat bergambar terbaik untuk Gunung Fuji, kini mengundang masalah kepada penduduk setempat.

Populariti lokasi itu menyebabkan kesesakan, bunyi bising, parkir haram dan pencerobohan ke kawasan kediaman, meskipun pihak berkuasa telah memasang papan tanda amaran dan menyediakan tempat letak kereta percuma.

Penduduk mula menyuarakan ketidakselesaan dengan kehadiran pelancong yang bercakap kuat sejak awal pagi, manakala pihak akademik turut mengkritik tindakan bandar yang dianggap tidak cukup berkesan.

Isu sama turut berlaku di lokasi lain sekitar Gunung Fuji, menunjukkan keperluan keseimbangan antara promosi pelancongan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker