Malaysia

Perlu ada KPI terbuka bagi isu sosioekonomi masyarakat India – Nurul Izzah

Selepas lebih setahun setengah menggerakkan pelbagai sesi libat urus berhubung isu sosioekonomi masyarakat India, Nurul Izzah Anwar tampil menyeru agar kerajaan menetapkan satu mekanisme yang lebih jelas dan telus.

Menurutnya, sudah tiba masanya set petunjuk prestasi utama (KPI) yang terbuka diwujudkan bagi memastikan semua cadangan yang diutarakan benar-benar diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang memberi kesan.

“Sebenarnya sudah setahun setengah, kita ada mesyuarat dan ketika itu kita minta Saraswathy, Prabakaran, Ramanan, maka kita sudah ada tiga ’round table’.

“Dan sekarang kita sampai ke tahap mahu ada clear KPI, jadi sekarang walau apa pun jawatan saya walaupun sebagai warganegara Malaysia sahaja, walaupun sebagai seorang anggota sahaja, sayamahu kita sama-sama bercakap dan memastikan tindakan diambil.

“Tapi dah tentu, sudah tiga sidang meja bulat berkenaan masalah sosioekonomi dihadapi oleh masyarakat India,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus anjuran YB Charles Santiago dan Dr. Shan di sebuah restoran di ibu kota pada Ahad, yang menghimpunkan pemegang taruh utama termasuk pakar ekonomi, ahli akademik serta wakil akar umbi untuk membincangkan pelbagai cabaran sosioekonomi dihadapi komuniti India di Malaysia.

Dari meja bulat itu, wujudnya beberapa cadangan penting, antaranya menekankan penyelesaian yang berakar pada pengalaman sebenar masyarakat dan perlunya KPI terbuka untuk menilai keberkesanan program sosioekonomi khusus bagi komuniti India.

Nurul Izzah turut menyeru agar pendekatan pemerkasaan bukan terhad kepada satu kaum sahaja, tetapi inklusif merangkumi semua kumpulan terpinggir, termasuk Melayu berpendapatan rendah serta masyarakat Sabah dan Sarawak.

Isu berulang seperti perobohan kuil dan masjid dibincangkan dengan cadangan mewujudkan mekanisme jangka pendek hingga panjang, serta jawatankuasa bersama bukan politik untuk mencegah konflik.

Sesi itu juga memberikan contoh praktikal, seperti langkah PIBG mengenal pasti guru Tamil bersara bagi mengisi kekosongan pengajaran bahasa Tamil di sekolah, memastikan pendidikan warisan budaya tidak terabai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker