Malaysia

Operasi SAR kanak-kanak Rohingya jatuh longkang bersambung hari ini

Dua kanak-kanak etnik Rohingya terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air dalam kejadian di hadapan Dewan MPAJ Kampung Cheras Baru, Ampang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.07 petang Isnin.

Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan dua kanak-kanak perempuan terjatuh ke longkang berkenaan.

Seorang daripada kanak-kanak warga Rohingya yang berusia 11 tahun itu diselamatkan orang awam.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa hilang kedua dijalankan pasukan penyelamat dengan kerjasama IPD Ampang Jaya serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan 10.30 malam tadi kerana cuaca gelap serta hujan dan disambung semula 8 pagi hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker