Malaysia

Pertunjukan LIMA ’25 jadi tumpuan lebih 600 petugas media

Jumlah petugas media yang membuat liputan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mencatat peningkatan ketara, daripada sekitar 400 orang sebelum ini kepada lebih 600 petugas pada edisi kali ini.

Lonjakan itu turut mendorong kerajaan menaik taraf kemudahan internet di Pusat Media LIMA’25 bagi memastikan urusan liputan dan penyampaian maklumat berjalan lancar sepanjang lima hari pameran berlangsung.

Sehubungan itu, penyediaan internet berkelajuan tinggi serta liputan 5G di lokasi terbabit telah membantu kelancaran tugas wartawan dan pengamal media, termasuk 80 petugas daripada RTM sahaja.

Pusat media yang terletak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) turut dilengkapi kemudahan sokongan seperti komputer riba dan mesin pencetak, sekali gus memperkukuh keupayaan operasi berita secara langsung dari lokasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker