Malaysia
Berselindung di sebalik van sekolah, cubaan seludup minuman keras gagal

Cubaan seorang lelaki menyeludup minuman keras tidak bercukai menggunakan van sekolah gagal selepas ditahan di kawasan parkir Taman Sri Gadong, Klang, pada Isnin.
Dalam serbuan jam 12 tengah hari itu, Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang memeriksa sebuah lori dan van sekolah yang sedang digunakan untuk memindahkan 56 kotak dan 30 crack minuman keras pelbagai jenama bernilai RM10,664.40, dengan cukai dianggarkan RM36,889.57.
Kedua-dua kenderaan yang disita dianggarkan bernilai RM70,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM117,553.97.
Suspek berusia 26 tahun mengaku terlibat dalam pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta JPJ 1987.