Dunia
Bangkok lapor lebih 6,000 kes COVID-19

Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.
Kes dicatat antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Menurut media tempata, daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan masing-masing di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi.
Bangkok mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442).
Kebanyakan jangkitan melibatkan individu berumur antara 30 hingga 39 tahun.