Dunia

Bekas pramugari ditahan seludup dadah, berdepan pengalaman ngeri di penjara Sri Lanka

Seorang bekas pramugari berusia 21 tahun berdepan hukuman penjara paling ngeri dan sesak di Sri Lanka selepas dituduh menyeludup dadah bernilai £1.2 juta (RM7 juta) ke negara itu.

Charlotte May Lee, berasal dari selatan London, bekas kru penerbangan syarikat TUI ditahan minggu lalu sejurus tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Colombo.

Dia didakwa membawa dua beg yang mengandungi 46 kilogram dadah sintetik jenis kush, sejenis ganja tiruan yang popular dalam kalangan pengguna dadah.

Jika disabitkan bersalah, dia berisiko dihantar ke Penjara Welikada, yang terkenal dengan kawalan keselamatan maksimum di Sri Lanka juga menjadi mimpi ngeri terutama bagi banduan wanita.

Sumber laporan turut mendedahkan keadaan sel yang amat sesak dan tidak berperikemanusiaan, dengan makanan dipenuhi ulat dan tikus berkeliaran tanpa kawalan.

Awal tahun ini, Parlimen Sri Lanka dimaklumkan bahawa jumlah banduan di seluruh negara melebihi kapasiti rasmi sebanyak lebih 20,000 orang.

Dalam masa yang sama, jabatan penjara negara itu turut berdepan kekurangan hampir 850 pegawai penjara lelaki dan wanita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker