Polis siasat laporan penemuan mayat Pamela Ling

Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah portal berita dalam talian yang disyaki menyiarkan laporan berhubung penemuan mayat Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya sehingga tular di media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada Isnin, polis mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk Police Interview Pamela Ling’s Children and Family Friend in Death Investigation adalah palsu.
Hussein mengesahkan tiada apa-apa laporan diterima pihaknya berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya, seperti yang dinyatakan dalam laporan tular berkenaan.
Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.