Dunia

Ibu gunakan gadis 13 tahun jadi hamba seks, duit dikutip beli dadah 

Seorang gadis berusia 13 tahun di Hua Hin, Thailand berjaya diselamatkan oleh pihak polis selepas menjadi mangsa eksploitasi seks oleh ibu dan makciknya.

Dia dipaksa untuk menjadi mangsa sindiket pelacuran dengan lelaki berusia 50 tahun supaya wang diperolehi dapat digunakan untuk membeli dadah.

Tindakan keji itu hanya dibongkar selepas mangsa melaporkan perkara itu kepada bapa dan ibu tirinya, yang kemudian membawanya ke balai polis.

Gadis itu didedahkan telah dijual kepada lelaki tersebut sejak usia 11 tahun yang mana dia didera dan dipaksa melacur, sehinggakan ibunya hanya menganggap kecederaan yang dialami anaknya itu sebagai masalah haid.

Lebih tidak berhati perut, ibu dan makciknya juga menggunakan remaja itu untuk urusan pembelian dadah.

Bapa mangsa meminta bantuan Yayasan Pavena, yang memulakan siasatan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan untuk itu, ibu mangsa kini ditahan dan pada masa sama pihak polis sedang menjejaki makcik dan lelaki terlibat.

Mereka didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia dan eksploitasi seks kanak-kanak. Ujian dadah mengesahkan ibu positif methamphetamine.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker