Malaysia
Polis terima 27 laporan rumah rosak akibat gegaran LIMA’25

Sebanyak 27 laporan kerosakan rumah diterima susulan gegaran dipercayai berpunca daripada pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan akan diserahkan kepada pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pertahanan dan penganjur, Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC), selepas disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau turut mengingatkan agar laporan diterima adalah sahih dan tiada pihak mengambil kesempatan terhadap insiden tersebut.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa setiap dakwaan akan diambil serius dan tidak diabaikan.