Malaysia
Polis Siasat Pergaduhan Penunggang Motosikal di Dataran Merdeka

Polis sedang menyiasat kejadian pergaduhan sekumpulan penunggang motosikal di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada malam Jumaat lalu, susulan video tular yang menunjukkan insiden tersebut.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan, setakat ini tiada laporan polis dibuat, namun siasatan tetap dijalankan.
Video berkenaan menunjukkan beberapa individu bertumbuk dan membaling topi keledar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.