Tiada lagi One&Only Desaru Coast

Pelantikan Mandarin Oriental sebagai pengendali baharu Desaru Coast sekaligus menamatkan khabar angin bahawa One&Only Desaru Coast akan ditutup.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan, resort tersebut tidak ditutup tetapi hanya melalui proses pertukaran operator.
Katanya, ia sebahagian daripada usaha penjenamaan semula resort untuk tambah nilai dan tingkatkan profil pelancongan Johor di peringkat antarabangsa.
Menurut Onn Hafiz, beliau sendiri menerima panggilan daripada pihak istana yang ingin mendapatkan kepastian selepas beliau dilantik memantau pelancongan di kawasan itu.
Desaru Coast dibangunkan di atas tanah seluas 4,000 ekar, lengkap dengan resort mewah, spa, padang golf dan tarikan budaya, menjadikannya destinasi pelancongan bertaraf dunia.