Sukan

Misi kejayaan ‘Jojo’ di Bangkok berakhir

Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai ‘Jojo’ tewas buat kali kedua berturut-turut dalam aksi sengit ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Sabtu.

Beraksi dalam kategori flyweight Muay Thai, petarung dari Colombia-Amerika, Diego Paez memusnahkan peluang kemenangan Johan selepas aksi tiga pusingan.

Pertarungan itu menyaksikan juri pertama memberikan kemenangan kepada Johan, namun dua juri lain berpihak kepada Paez.

Dengan kekalahan itu, Johan masih belum menemui sentuhan kemenangan dalam pentas ONE Championship sejak tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan pada 24 Januari lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker