Kesan ganja dalam bungkusan Haribo

Haribo menegaskan kesan ganja yang ditemui dalam beberapa bungkusan gula-gula Happy Cola F!ZZ di Belanda bukan berpunca daripada proses pengeluaran kilang mereka.
Insiden itu dikesan pada akhir Mei lalu, mendorong penarikan balik produk seberat 1 kilogram di Belanda, Belgium dan Luxembourg selepas tiga bungkusan disahkan tercemar.
Hasil siasatan dalaman dan ujian makmal bebas menunjukkan tiada pencemaran berlaku di peringkat pengilangan.
Haribo kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat bagaimana bahan terlarang itu boleh masuk ke dalam produk.
Pihak berkuasa makanan Belanda (NVWA) memberi amaran bahawa pengambilan gula-gula tercemar boleh menyebabkan kesan kesihatan seperti pening.
Beberapa individu termasuk kanak-kanak mengalami gejala tidak sihat, dengan dua daripada mereka dirawat di hospital dan seorang dilaporkan koma.