DuniaMalaysia

Lelaki dari Singapura naik angin di Skudai ditahan polis

Seorang lelaki warga Singapura berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pertengkaran dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Insiden berlaku selepas suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana laluan kenderaannya dihalang, lalu berlaku pertengkaran mulut dengan seorang pemandu tempatan berusia 31 tahun.

Suspek kemudian didakwa menendang kereta mangsa hingga menyebabkan kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Suspek ditahan pada petang hari sama selepas laporan dibuat dan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 426 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Suspek juga disahkan tiada rekod jenayah dan negatif dadah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker