Malaysia

Bas dua tingkat rempuh lori tunda di PLUS

Sekali lagi kemalangan berlaku kali ini membabitkan sebuah bas dua tingkat dan lori tunda di Kilometer 311.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Tapah awal pagi Khamis.

Kejadian itu nyaris meragut nyawa apabila seorang pemandu tersepit, manakala 12 lagi termasuk penumpang dan kru terselamat.

Dalam kejadian sekitar 1.28 pagi itu, bas dipercayai melanggar belakang lori tunda, menyebabkan pemandunya, lelaki berusia 29 tahun, tersepit di bahagian depan kenderaan.

Pasukan bomba dari BBP Tapah segera ke lokasi dan mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas penyelamat.

Pemandu bas mengalami kecederaan di kaki, manakala pembantunya, penumpang serta kru lori tidak cedera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker