Malaysia

Kes bunuh Bukit Rambai: Guru dan anak mati dibunuh, dipercayai angkara ahli keluarga

Insiden menyayat hati dilaporkan pada pagi Khamis apabila seorang guru wanita dan anak sulungnya ditemui mati berlumuran darah di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, dipercayai akibat pergaduhan sesama ahli keluarga.

Menurut sumber, mangsa wanita berusia sekitar 50-an dan anak lelakinya berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi anak lelaki ditemui cedera parah terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran adik-beradik, namun siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.

Terdahulu, orang awam yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 6 pagi ternampak seorang lelaki terbaring di jalan sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Susulan itu, pihak polis dari Balai Batang 3 segera ke lokasi dan menemui dua lagi mangsa tidak sedarkan diri di dalam rumah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker