Malaysia

Lebih 3 juta rakyat Malaysia pilih bekerja sendiri, tak perlu kerja bawah bos

Lebih tiga juta rakyat Malaysia kini memilih untuk bekerja sendiri, menjadikan kategori ini antara sektor pekerjaan yang paling pesat berkembang di negara ini.

Menurut laporan terbaharu oleh Maybank Investment Bank, bilangan mereka yang bekerja sendiri termasuk peniaga kecil, penjaja, pengusaha gerai makanan, pekerja gig dan sektor informal telah meningkat daripada 2.39 juta pada Januari 2021 kepada 3.16 juta pada April 2025 iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan.

Peningkatan sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun pada April ini juga mengatasi pertumbuhan keseluruhan guna tenaga negara yang hanya naik 2.8 peratus.

Situasi ini berlaku meskipun kadar pengangguran negara mencatat penurunan kepada 3.0 peratus pada April menjadi paras terendah sejak 2015.

Namun, kadar pengangguran belia kekal tinggi pada 10.3 peratus untuk bulan keempat berturut-turut, masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik.

Dalam masa sama, jumlah pemberhentian kerja turut mencatat peningkatan ketara, naik 64.5 peratus berbanding tahun lalu dan hampir 30 peratus secara bulanan, menjadikan 6,391 orang kehilangan pekerjaan pada April sahaja.

Sepanjang empat bulan pertama 2025, lebih 22,500 pekerja telah diberhentikan.

Fenomena ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk berdikari dalam mencari pendapatan, sama ada atas pilihan sendiri atau akibat tekanan pasaran kerja formal yang tidak menentu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker