Dunia

Iran tidak berdiam diri sedia ‘hukum’ Israel, AS beri isyarat supaya berlindung

Iran memberi amaran keras bahawa Israel bakal menerima balasan yang amat menyakitkan selepas serangan udara rejim Zionis meragut nyawa beberapa pegawai kanan tentera dan saintis nuklear negara itu.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menyifatkan serangan tersebut sebagai jenayah besar terhadap Republik Islam dan menegaskan bahawa hukuman akan dijalankan tanpa kompromi. Iran berikrar akan membalas dendam dengan tindakan ketenteraan yang setimpal.

Susulan amaran itu, jurucakap tentera Iran pula memberi isyarat bahawa Israel serta sekutu utamanya akan membayar harga yang “sangat mahal”.

Menggambarkan ketegangan yang semakin memuncak, Amerika Syarikat mengarahkan semua kakitangan kedutaannya di Israel termasuk ahli keluarga mereka supaya segera berlindung.

Israel juga mengisytiharkan darurat pada Jumaat susulan amaran kemungkinan tindakan balas dari Tehran selepas negara itu melancarkan ‘serangan awal’ ke atas Iran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker