Malaysia
Kerajaan peruntuk RM30 juta untuk transformasi digital media – Anwar

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membantu organisasi media melaksanakan transformasi digital.
“Kita mahu pastikan dunia kewartawanan tidak ketinggalan dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan Hawana 2025 di WTC Kuala Lumpur, Sabtu (14 Jun).
Katanya, keseimbangan antara penggunaan AI dan etika juga perlu diberi perhatian