Lebih 20,000 individu ditahan di Korea Selatan berkaitan kes dadah

Korea Selatan terus berdepan lonjakan kes berkaitan dadah apabila lebih 20,000 individu ditahan bagi tahun kedua berturut-turut pada 2024, dengan majoriti kes melibatkan golongan muda.
Daripada 23,022 tangkapan tahun lalu, lebih 60 peratus terdiri daripada individu berusia 20-an dan 30-an, peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun jumlah tangkapan menunjukkan penurunan berbanding 2023 yang merekodkan 27,611 kes iaitu tertinggi dalam sejarah, trend penglibatan anak muda dilihat semakin membimbangkan.
Dalam masa sama, jumlah warga asing yang ditahan turut mencatatkan rekod baharu iaitu seramai 3,232 orang, sejajar dengan pertambahan populasi asing di negara itu.
Trend ini menunjukkan ancaman jenayah dadah di Korea Selatan bukan sahaja semakin meruncing, malah menular pantas dalam kalangan generasi muda dan komuniti antarabangsa.