RM18 juta biasiswa untuk 726 pelajar AIMST, MIED terus komited bantu pelajar IPT

Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) meneruskan komitmen dalam memperkasa pendidikan tinggi apabila menyalurkan RM18 juta dalam bentuk biasiswa kepada 726 pelajar Universiti AIMST bagi tahun ini.
Pengumuman itu disampaikan oleh Pengerusi MIED merangkap Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran pada Majlis Penyerahan Cek MIED 2025 yang berlangsung di kampus universiti berkenaan, hari ini.
Video soundbite reference: https://www.facebook.com/share/v/1CRVXdPxoe/
Timing: 02:25-03:00
“Kami berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi mengeluarkan bantuan yang telah diluluskan kerajaan. Daripada jumlah RM25 juta, sebanyak RM18 juta disalurkan kepada 726 pelajar – ini hanya untuk Universiti AIMST sahaja”.
Tambah beliau, jumlah itu bukan sekadar angka, sebaliknya membawa makna besar dalam membina masa depan golongan muda, mengubah nasib keluarga dan memperkukuh mobiliti sosial masyarakat.
Sejak penubuhannya pada 1984 oleh mendiang Tun S. Samy Vellu, MIED telah menyalurkan lebih RM216 juta bantuan pendidikan kepada lebih 14,000 pelajar di seluruh negara.