Malaysia

Lesen pemandu bas nahas UPSI digantung, syarikat pengendali disiasat

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen memandu vokasional (PSV) pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.

Tindakan itu diambil mengikut peruntukan undang-undang sementara siasatan penuh dijalankan.

JPJ turut membuka siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali serta pihak yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan. Lesen pemandu akan kekal digantung sehingga siasatan selesai.

Sebelum ini, pemandu bas berusia 39 tahun itu didakwa atas 15 pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian. Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik.

Siasatan awal Puspakom mendapati tiada kegagalan mekanikal pada sistem brek bas, walaupun pemandu mendakwa sebaliknya.

Dalam tragedi pada 9 Jun lalu, bas membawa 42 pelajar UPSI terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar sebuah MPV, menyebabkan 15 pelajar terkorban.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker