Malaysia
Naim Daniel hadir ke mahkamah

Pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan.
Beliau yang berusia 28 tahun tiba bersama ibunya sekitar jam 8.34 pagi dengan diiringi peguam. Difahamkan, prosiding dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Datin M Kunasundary bermula jam 9 pagi.
Menurut sistem kehakiman, Naim akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal.
Minggu lalu, polis mengesahkan pihak pendakwa raya telah memberikan arahan untuk menuduh selebriti terbabit selepas siasatan dilengkapkan.