Mayat siapa yang ditemui dalam Sungai Klang? Ada 10, termasuk bayi

Projek mitigasi banjir Sungai Klang yang dimulakan sejak November 2022 membawa kepada penemuan lebih 10 mayat termasuk seorang bayi.
Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, penemuan mayat bukanlah insiden terpencil, malah berlaku hampir setiap bulan.
Lebih merisaukan apabila pihaknya pernah menemukan tiga mayat dalam tempoh berturut-turut selain penemuan mayat bayi.
Sejak kerja pendalaman dan pelebaran sungai di bawah inisiatif Selangor Maritime Getaway (SMG) itu digerakkan sehingga ke hari ini, pelbagai jenis sampah berat terus ditemui.
Dasar Sungai katanya cukup tercemar dengan penemuan pelbagai seperti peti sejuk, tayar lori, katil, tilam, sofa, malah motosikal.
Projek mitigasi tersebut merupakan sebahagian usaha holistik di bawah SMG untuk meningkatkan kapasiti Sungai Klang sehingga 40%, selain membaik pulih ekosistem dan menambah baik kualiti air kepada tahap Indeks Kualiti Air (Ika) Kelas III dan ke atas.