Malaysia

Abdul Hadi Awang stabil selepas jalani rawatan di IJN

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.

Prosedur yang dijalankan terhadap Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berjaya, dan beliau kini dalam pemantauan rapi pasukan perubatan.

Anaknya yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil, memaklumkan keadaan kesihatan bapanya dalam keadaan baik dan menyeru orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN, dengan kali terakhir dilaporkan menjalani prosedur pada Januari tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker