Malaysia

Siri tembakan bukan rambang, ibu kota masih selamat – KPN

Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara kekal terkawal meskipun dua insiden tembakan berlaku baru-baru ini di Brickfields dan Cheras.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan, kedua-dua kes dipercayai berpunca daripada konflik peribadi antara pihak tertentu dan bukan tembakan rambang, dengan sasaran dan motif yang jelas dikenal pasti.

Beliau turut menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana pasukan polis akan terus mempertingkat kawalan dan melaksanakan operasi berterusan untuk menjaga keselamatan awam.

Siasatan awal mendapati insiden di Cheras berkait dengan aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak, manakala kejadian di Brickfields pula disyaki berpunca daripada konflik jenayah di Selangor yang merebak ke ibu kota.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker