Dunia

Microsoft buang ribuan kakitangan, lebih fokus guna AI

Microsoft dilaporkan merancang untuk memberhentikan ribuan pekerja, terutama dalam bahagian jualan dan pemasaran, sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula dan penumpuan kepada pelaburan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Bloomberg, pemberhentian ini dijangka diumumkan seawal Julai, sebaik sahaja tahun fiskal syarikat tamat pada Jun. Walaupun tumpuan utama adalah bahagian jualan, pemberhentian turut berkemungkinan melibatkan jabatan lain bergantung kepada penilaian dalaman.

Langkah ini menyusuli pusingan pemberhentian sebelum ini pada Mei, yang melibatkan sekitar 6,000 pekerja, kebanyakannya dalam bahagian produk dan kejuruteraan. Kali ini, peranan berorientasikan pelanggan turut terkesan, termasuk pasukan yang sebelum ini agak terselamat.

Microsoft, yang kini mempunyai lebih 228,000 pekerja di seluruh dunia termasuk 45,000 dalam bahagian jualan dan pemasaran, berkata mereka sentiasa menilai semula struktur organisasi untuk memastikan pelaburan disalurkan ke arah pertumbuhan jangka panjang.

Syarikat itu juga dilapor telah menggunakan firma pihak ketiga sejak April lalu untuk mengurus jualan kepada pelanggan kecil dan sederhana, selari dengan strategi pengoptimuman kos di tengah perbelanjaan besar terhadap infrastruktur AI dan pusat data.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker