Dunia

Cuaca buruk faktor pelancong Brazil lambat diselamatkan selepas jatuh Gunung Rinjani

Seorang pelancong wanita warga Brazil, Juliana Marins, 26 tahun, ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam gaung berhampiran kawah Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia.

Kejadian berlaku pada pagi Sabtu lalu ketika mangsa dipercayai sedang mendaki bersama seorang pemandu pelancong sebelum dikatakan ditinggalkan bersendirian apabila dia keletihan dan meminta rehat.

Kehilangannya mencetuskan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang berdepan cabaran cuaca buruk dan bentuk muka bumi yang ekstrem, termasuk kabus tebal dan cerun curam.

Pasukan penyelamat menggunakan dron untuk mengesan keberadaan mangsa dan akhirnya menemui tubuhnya dalam keadaan tidak bernyawa pada kedalaman sekitar 600 meter.

Sebelum itu, laporan menyebut pasukan penyelamat sempat mendengar jeritan meminta tolong pada hari kejadian, menandakan dia masih hidup selepas terjatuh.

Kementerian Luar Brazil mengesahkan kematian Marins dan memaklumkan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada keluarganya. Presiden Brazil turut menyatakan rasa sedih terhadap tragedi tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker