Malaysia
Tiga suspek ditahan bantu kes kematian pelajar universiti di Cyberjaya

Polis menahan tiga suspek berusia antara 19 hingga 20 tahun berhubung kes bunuh seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya. Mangsa ditemukan mati di unit kondominiumnya pada pagi Selasa lalu dengan kesan kecederaan di kepala. Ketiga-tiga suspek, seorang lelaki dan dua wanita dipercayai dikenali mangsa dan ditahan di Johor Bahru serta Gemencheh. Tangkapan dilakukan dalam masa 48 jam menerusi operasi bersama Bukit Aman, IPK Selangor dan IPD Sepang. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.