Malaysia

Kenderaan asing gagal aktif VEP akan disaman RM300 bermula hari ini

Mulai hari ini, kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.

Pemilik kenderaan asing yang gagal mendaftar dan mengaktifkan VEP berdepan tindakan saman RM300 yang perlu dijelaskan sebelum dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan di luar kawasan pintu masuk sempadan untuk memastikan aliran trafik lancar.

Sementara itu, kenderaan syarikat yang belum mendaftar hanya akan menerima notis peringatan dan dibenarkan keluar.

Sejak penguatkuasaan berfasa bermula 1 Oktober tahun lalu, lebih 52,000 kenderaan Singapura diperiksa secara rawak dengan lebih 2,200 notis peringatan dikeluarkan.

Setakat ini, lebih 230,000 tag RFID telah diserahkan kepada kenderaan persendirian individu dan lebih 2,600 bagi kenderaan syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker