Malaysia

Trump, Musk saling ugut-mengugut

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk menamatkan subsidi bernilai berbilion dolar yang dinikmati syarikat milik Elon Musk.

Ketegangan memuncak selepas Musk terus mengkritik rang undang-undang cukai baharu yang diluluskan Senat, yang bakal menghapuskan insentif pembelian kereta elektrik.

Trump memberi isyarat Musk mungkin kehilangan manfaat seperti kredit cukai dan pelbagai program kerajaan lain yang menyokong kenderaan elektrik serta tenaga boleh diperbaharui.

Saham Tesla dilaporkan jatuh lebih lima peratus susulan kontroversi ini.

Sementara itu, Musk mengugut untuk menubuhkan parti politik baharu dan menggunakan wangnya bagi menentang ahli Parlimen yang menyokong RUU tersebut.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan Republikan ia akan menjejaskan pilihan raya pertengahan penggal 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker