Malaysia
Empat suspek disyaki terlibat kes bakar kereta mewah di Bandar Saujana Putra

Polis kini memburu empat lelaki disyaki terlibat dalam kejadian membakar lima kereta mewah di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 6.45 pagi semalam apabila seorang lelaki menghubungi pihak polis memaklumkan tentang kebakaran kenderaan.
Siasatan mendapati pemilik kenderaan tidak berada di rumah bersama keluarganya ketika insiden berlaku.
Perbuatan khianat ini menyebabkan kerugian dianggarkan RM1.6 juta termasuk kerosakan pada bahagian hadapan rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun.