Malaysia

Letupan kilang kimia di Hyderabad korbankan 45 mangsa setakat ini

Jumlah korban dalam tragedi letupan di sebuah kilang kimia di Pashamylaram, berhampiran Hyderabad, selatan India, meningkat kepada 45 orang selepas lebih banyak mayat ditemui di bawah runtuhan.

Kilang milik Sigachi Industries Limited itu menghasilkan microcrystalline cellulose (MCC) yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal dan kosmetik.

Ketika letupan berlaku pada reaktor yang mencetuskan kebakaran besar, seramai 143 pekerja berada di lokasi, menyebabkan 45 maut dan 35 lagi cedera.

Syarikat memaklumkan operasi kilang akan dihentikan selama 90 hari untuk kerja pemulihan.

Kerajaan negeri Telangana turut berjanji akan berbincang dengan pihak syarikat bagi memastikan keluarga mangsa menerima pampasan sewajarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker