Malaysia

Dua negeri dikaji sebagai tapak pelancaran roket – MOSTI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan kajian awal untuk menilai kesesuaian Sabah dan Pahang sebagai lokasi tapak pelancaran roket.

Kajian ini dijangka mengambil masa kerana melibatkan pelbagai aspek teknikal dan keselamatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata permintaan global terhadap pelancaran satelit kini semakin tinggi memandangkan teknologi itu diperlukan dalam banyak sektor termasuk automotif, komunikasi dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Malaysia dilihat berpotensi besar kerana tidak berada di kawasan gempa bumi atau gunung berapi serta memiliki industri elektronik yang matang.

Tapak pelancaran ini disasar mula dibina seawal 2026, menjadikan negara antara peneraju teknologi angkasa di rantau ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker