Malaysia

Gaji pekerja Maybank melebihi RM3,100 adalah tidak benar

Kenyataan bahawa semua pekerja Maybank menerima gaji lebih RM3,100 sebulan seperti dinyatakan pihak pengurusan tertinggi bank itu adalah tidak benar.

Menurut Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), gaji terendah kakitangan Maybank sebenarnya hanya sekitar RM2,370, jauh lebih rendah daripada paras sara hidup yang diiktiraf.

Kesatuan itu turut mempersoalkan komitmen Maybank terhadap pembayaran gaji yang adil, memandangkan jurang pendapatan pekerja bawahan dengan pihak pengurusan terlalu besar.

NUBE juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Maybank bukan sahaja mengelirukan orang ramai dan pemegang saham, malah memberi tekanan kepada pekerja yang sudah sedia terbeban.

Dalam masa sama, kesatuan menegaskan perjuangan untuk memastikan pendapatan pekerja yang lebih saksama terus diteruskan melalui rundingan Perjanjian Kolektif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker