Impian, sokongan resepi kejayaan Brian jadi lapan pelajar STPM 2024 terbaik negara

Kejayaan Brian Emmanuel Richard, pelajar Kolej Tingkatan Enam Sri Istana yang diumumkan sebagai salah seorang daripada lapan pelajar terbaik STPM aliran sains di seluruh negara dengan pencapaian CGPA 4.0, benar-benar menjadi bukti bahawa impian boleh bermula daripada perkara yang kecil.
Meskipun datang daripada keluarga pendidik, beliau memilih bidang perguruan bukan kerana terikut jejak ayahnya, Richard a/l Mariasusai, tetapi kerana keyakinan dan pengalaman membantu rakan-rakan memahami matematik sejak di sekolah rendah.
1:14-1:40
Saya memang mempunyai Impian untuk menjadi seorang guru matematik sejak sekolah rendah lagi kerana waktu itu rakan saya sering bertanyakan soalan, jadi apabila saya mengajar mereka, baru mereka akan jadi lebih faham so dari situ saya dapatkan keyakinan untuk menjadi guru.
Bagi Brian, kunci kejayaan terletak pada disiplin diri, jadual belajar yang konsisten serta memberi perhatian sekitar 80 peratus di dalam kelas.
Walaupun bukan jenis belajar setiap masa dan hanya mengikut waktu belajar sendiri tanpa sebarang paksaan, sokongan ibu bapa ujarnya sangat penting dalam memastikan dirinya tidak leka.
5:25- 5:55
Saya rasa kita kena buat apa yang kita inginkan, jika kamu rasa kamu gembira dengan pekerjaan seperti itu, teruskan, tapi kalau kamu rasa kamu boleh buat lebih banyak lagi dan ada potensi untuk buat lebih banyak, pergilah kerna pastinya tidak akan menyesal.
Katanya, ibu bapa selalu bertanya keadaannya sama ada tertekan atau tidak dan memberikan dorongan moral yang membuatnya terus berusaha.
Kini, Brian sedang dalam proses memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian dan merealisasikan impiannya menjadi guru matematik.