Malaysia

Dua lelaki ditahan selepas acu pistol tiruan, tunjuk samseng

Dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun ditahan polis selepas dipercayai mengacukan pistol tiruan ke arah seorang lelaki dalam kejadian di Taman Desa, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kejadian bermula apabila kereta Honda City yang dipandu mangsa berusia 28 tahun dilanggar sebuah Toyota Yaris merah pada bahagian cermin sisi kira-kira jam 11 malam, sebelum tercetus pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Pemandu Toyota Yaris kemudian didakwa mengeluarkan sepucuk pistol berwarna hitam dan mengacukannya ke arah mangsa.

Siasatan mendapati senjata itu merupakan pistol tiruan yang dibeli melalui aplikasi TikTok dan dimiliki oleh salah seorang suspek.

Kedua-dua lelaki berkenaan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker