Diddy disabit kesalahan bawa individu untuk aktivti pelacuran

Ikon muzik dan ahli perniagaan Sean “Diddy” Combs disabitkan bersalah atas tuduhan membawa individu merentasi negeri untuk tujuan pelacuran dalam perbicaraan berprofil tinggi pada Rabu.
Kesalahan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Namun, Diddy dilepaskan daripada dua pertuduhan utama lain berkaitan konspirasi jenayah dan pemerdagangan seks yang melibatkan dakwaan beliau memaksa teman wanitanya terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan dengan pengaruh dadah.
Kes ini digambarkan pendakwa sebagai corak eksploitasi berpanjangan terhadap wanita dalam rangkaian sosialnya, manakala pasukan pembelaan menegaskan semua hubungan dilakukan secara sukarela.
Walaupun dibebaskan daripada pertuduhan lebih berat, Diddy masih berdepan hukuman penjara panjang.
Tarikh hukuman akan ditetapkan kemudian dan beliau dibenarkan bebas dengan ikat jamin sementara menunggu proses selanjutnya.