Malaysia

Anwar harap Kanada pertimbang pengecualian visa kepada rakyat Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar Kanada dapat mempertimbangkan pengecualian visa kepada rakyat Malaysia, selaras dengan layanan yang diterima negara Komanwel lain.

Langkah ini dilihat penting bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memudahkan pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.

Dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, Anwar turut menekankan komitmen Malaysia untuk terus mempererat kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga bersih, pertahanan serta teknologi baharu.

Malaysia juga menghargai penglibatan berterusan syarikat tempatan seperti Petronas dalam projek tenaga Kanada yang menjadi simbol kukuh kerjasama kedua-dua negara.

Selain itu, Malaysia dan Kanada sama-sama berpegang pada prinsip perdagangan bebas melalui penyertaan dalam CPTPP, serta berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat diselesaikan segera.

Anwar turut menjemput Carney mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bagi memperkukuh lagi hubungan persahabatan sedia ada.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker