Malaysia

Lapan tahun membesar dengan anjing, kanak-kanak hanya tahu menyalak bukan bercakap

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di wilayah Uttaradit, Thailand ditemui hidup dalam keadaan menyedihkan apabila membesar bersama enam ekor anjing sehingga hanya tahu menyalak dan langsung tidak boleh bercakap.

Kanak-kanak itu, yang tidak pernah ke sekolah sejak dua tahun lalu, ditemui tinggal dalam rumah yang kotor bersama ibunya yang penagih dadah dan abang berusia 23 tahun.

Tanpa rakan sebaya atau interaksi manusia, kanak-kanak ini dilaporkan belajar berkomunikasi dengan cara menyalak seperti anjing.

Keadaan tersebut terbongkar selepas seorang guru besar tempatan menghubungi pertubuhan kebajikan kanak-kanak susulan kebimbangan berterusan mengenai nasibnya.

Hasil serbuan yang dijalankan bersama pihak polis mendapati ibu dan abangnya positif dadah. Mereka kemudian dihantar untuk rawatan serta dihadapkan dengan pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak tempatan untuk menerima rawatan kaunseling, sokongan psikologi dan peluang pendidikan yang sepatutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker