Malaysia
Bas langgar palang had ketinggian, 20 penumpang cedera

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres dipercayai dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai-Bukit Mahkota pada Jumaat malam.
Menurut pihak bomba, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.30 malam sebelum anggota dari Balai Bomba Nilai dan Bangi dikerahkan ke lokasi.
Setakat ini, 19 mangsa cedera adalah warganegara, manakala seorang lagi warga asing, dan kesemua dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Bas terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka.