Makin banyak showroom kereta jenama Jepun, Eropah ditutup dan diganti jenama China

Industri pengedar kereta di Thailand terus tertekan akibat jualan kereta baharu yang merosot dan persaingan sengit, memaksa banyak bilik pameran (showroom) ditutup, terutamanya melibatkan jenama Jepun dan Barat.
Kajian oleh Kasikorn Research Centre menganggarkan jualan kereta akan jatuh kepada 565,000 unit pada 2025, menyebabkan pendapatan pengedar susut 5.6%.
Akibatnya, jumlah showroom dijangka menyusut daripada 2,197 pada 2024 kepada 2,146 pada 2025, dengan kira-kira 50 bilik pameran ditutup.
Daripada jumlah itu, bilik pameran jenama Jepun dan Barat akan berkurang kepada sekitar 1,566, manakala showroom jenama China dijangka meningkat kepada 580.
Dalam masa sama, semakin ramai pengedar beralih menjadi pejabat jualan tanpa stok, meningkatkan fokus kepada servis atau memilih mewakili jenama kereta China yang kini agresif menguasai pasaran kenderaan elektrik (xEV).
Antara yang terkesan ialah Mercedes-Benz Thailand apabila dua pengedarnya, Benz Star Flag dan Benz Metro Autohaus, menghentikan operasi sebagai pusat jualan dan servis rasmi.