Malaysia

Istana Pahang beri amaran video palsu AI guna imej Sultan tular di TikTok

Sebuah video palsu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang memaparkan wajah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah tular di TikTok baru-baru ini dengan mendakwa kononnya berkaitan bantuan untuk rakyat.

Istana Pahang menegaskan bahawa video tersebut adalah satu penipuan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya.

Menerusi satu kenyataan, pihak istana menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi video berkenaan atau menekan sebarang pautan yang disertakan dalam kandungan tersebut, kerana ia berpotensi menjadi penipuan siber yang boleh memudaratkan.

Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang kandungan mencurigakan seperti ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Pihak istana turut menjelaskan bahawa Sultan Pahang tidak memiliki sebarang akaun peribadi di media sosial.

Sebarang ucapan, kenyataan atau pengumuman rasmi daripada baginda hanya akan disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang yang mempunyai lebih 725,000 pengikut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker