Malaysia

Bapa, anak ditahan disyaki bunuh pemandu e-hailing

Seorang bapa dan anak ditahan bulan lalu susulan kematian mencurigakan seorang pemandu e-hailing di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya, Azam Ismail berkata, mangsa berusia 37 tahun dipercayai rakan rapat kepada suspek lelaki dan motif dikaitkan dengan hutang.

Laporan kematian diterima pada 22 Jun. Bedah siasat mendapati mangsa mati akibat jangkitan bakteria berpunca daripada kecederaan kulit dan tulang.

Lelaki berusia 73 tahun direman 13 hari, manakala anaknya berusia 36 tahun direman 14 hari. Polis turut merampas sebatang rotan buluh dan playar yang disyaki digunakan.

Kedua-dua suspek bebas dadah dan tiada rekod jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker