Sukan

Pearly-Thinaah sambung kontrak bersama BAM dengan bayaran RM1 juta

Pearly Tan-M Thinaah kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas bersetuju menandatangani kontrak baharu bernilai RM1 juta setahun setiap seorang, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan mereka dalam skuad kebangsaan.

Kontrak baharu itu menyaksikan beregu wanita negara ini akan terus bersama BAM sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028, dengan badan induk tersebut sedia mempertimbangkan kenaikan bayaran.

Ia jika mereka berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tiga kejohanan utama selepas ini iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China dan Kejohanan Dunia di Paris.

Dalam empat kejohanan terakhir, Pearly Tan-M Thinaah membuktikan kemampuan apabila muncul juara Terbuka Thailand, naib juara Terbuka Indonesia, mara ke separuh akhir Masters Malaysia serta suku akhir Terbuka Singapura.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker