Malaysia

Tragedi ragut nyawa di Sungai Korok meningkat kepada 8 kematian sejak 2021

Kemalangan meragut nyawa di Sungai Korok dekat Jitra dengan yang terbaharu melibatkan enam sekeluarga ditemukan maut selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai pada Isnin membawa kepada lapan kematian direkodkan sejak 2021.

Sebelum ini, pada Disember 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dalam kejadian sama, diikuti seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada Disember 2022 apabila kereta dipandu bapanya terjunam ke dasar sungai tersebut.

Pada Mei lalu, empat pelajar universiti nyaris maut apabila kenderaan mereka terbabas ke sungai sama, namun kesemuanya sempat menyelamatkan diri keluar melalui tingkap belakang.

Antara punca kejadian dikenal pasti berpunca daripada faktor manusia termasuk kehilangan kawalan sehingga kenderaan tergelincir ke dalam sungai.

Orang ramai turut mencadangkan supaya penghadang keselamatan dipasang di kawasan berisiko, selain kempen kesedaran dipertingkatkan bagi mengelak kejadian berulang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker