Malaysia
Pasangan lari selepas kereta masuk sungai diburu polis

Polis sedang memburu sepasang suami isteri yang dilihat melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berhampiran Jalan Kuari, Sungai Long, Hulu Langat, pagi Selasa.
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata polis menerima maklumat orang awam pada 9.30 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.
Katanya, saksi yang tinggal berhampiran lokasi memaklumkan terdengar bunyi bising di kawasan sungai sekitar 9 pagi.
Tambahnya lagi, siasatan lanjut mendapati kereta terbabit milik seorang lelaki tempatan yang disewakan kepada lelaki lain.
Katanya, kenderaan itu kemudiannya pula dipinjam pasangan berkenaan.
Pasangan suami isteri itu kini sedang dikesan bagi mengetahui punca kejadian. Insiden ini tidak membabitkan kemalangan jiwa.