JPJ panggil semula 8,322 kenderaan Mercedes-Benz, Kia dan Yamaha

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pemanggilan semula melibatkan kenderaan Kia, Yamaha dan Mercedes-Benz bagi pemeriksaan kecacatan struktur, peralatan atau sistem.
5,123 unit Kia Rio UB (2010-2017) dipanggil semula kerana risiko litar pintas elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran pada papan litar HECU.
Sejumlah 3,167 motosikal Yamaha terlibat dengan 1,649 unit MT09 & 1,369 unit Tracer 9 GT (2021-2025) ada isu Throttle Position Sensor (TPS). Manakala 149 unit Tenere 700 (2023-2024) bermasalah pada operasi klac.
32 unit Mercedes-Benz model 2023-2025 termasuk S 580 e, GLC 300 4MATIC, EQS 500, AMG SL 43, EQE 53 & EQS 53 kerana kotak fius tidak dipasang sempurna.
Pemilik akan dihubungi pengeluar untuk atur slot pemeriksaan. Semua komponen diganti percuma. JPJ akan pantau proses ini bagi pastikan kenderaan disahkan selamat.